Wednesday, February 16, 2011

Takutlah ...

Aqip takutlah umi .... Tu kata-kata yang selalu dituturkan oleh anak bongsu umi yang dah menginjakkan kaki ke sek men pada awal tahun 2011. Mengapa & bila  Aqip takut???? 

Ermmmmm....  Anak-anak yang didedahkan dengan KBSR di awal tahun persekolahan mereka dulu telah bertukar menjadi seorang yang penakut, sedangkan KBSR diperkenalkan untuk mengubah sikap dan sifat negatif kanak-kanak kepada lebih positif, lebih berdikari, berani bersuara, boleh menangani semua masalah, terbuka dan lain-lain. 

Hari ni anak-anak kita telah bertukar menjadi penakut kembali. Umi bukan berkisar kepada Aqip sahaja tetapi hal yang sama berlaku kepada anak rakan-rakan umi yang lain.... 

Nilah yang umi nak kisahkan. Perihal begitu berpengaruhnya televisyen dan cerita-cerita yang disiarkan di kaca tv tu sendiri. Begitu banyak cerita berunsur seram yang disiarkan kebelakangan ini menyebabkan, anak-anak ini menjadi begitu penakut. sampaikan nak minum air di dapur pun minta ditemankan.... apalagi bila diminta pergi ke ruang rumah yang tertentu, terutamanya pada waktu malam, alamatnya sampai ke sudahlah dia duk kaku kat tempat duduknya tanpa bergerak.  

Umi rasa penyiaran cerita-cerita seram ini hendaklah dihadkan. Ia banyak membawa kesan negatif pada kanak-kanak. Kita x mau anak-anak kita bertukar menjadi negatif kembali. Banyak lagi cerita yang mendatangkan manfaat & memberi pengajaran serta ilmu untuk disiarkan menjadi santapan mata dan minda anak-anak kita...Wallahualam

No comments:

Post a Comment