Huhhhh .... Penatnya...... time keletihan camni umi teringat alangkah bestnya time study dulu. Masa belajar x sama ngan masa mengajar ni. Masa study tu, umi cuma fikir pasal kuliah ngan assignment je. Masa ngajar ni, umi kena fokus pada murid, kelas dan keja2 lain yang menyebabkan kami para guru tiada masa nak menyemak buku2 latihan murid. Sukarnya, menjadi guru sekarang .... guru gak jadi mangsa keadaan, kami sebagai pelaksana dasar, kamilah kerani, kamilah pengurus stor, kami juga pegawai pemakanan seimbang, & yang paling banyak berlaku sekarang kami juga mangsa serangan ibu bapa & penjaga yang kehendaknya terlalu tinggi...
Untuk pengetahuan semua umi mula mendaftar jadi siswi beberapa hari sebelum berumur 41 tahun iaitu pada 1 julai 2007.Sebelum tu, umi telah mengikuti kursus selama 1 tahun di salah sebuah institut kepengetuaan yang terkenal di negara kita. Sebelum tu, umi nak maklumkan umi hanyalah guru biasa di sekolah rendah.
Masa study, umi mengikuti kuliah bersama dgn kawan2 yang seusia/seangkatan ngan umi. Oleh kerana kami ni siswa siswi veteran, jadual kuliah kami dirancang mengikut keselesaan kami ... maka x heranlah, kami ni sanggup berkuliah sampai kul 11 mlm, asalkan kami boleh bersama family pada hujung mggu seawal hari khamis lagi.
Mengapa umi rasa begitu? ermmmmm.... nanti sambung ye ...
No comments:
Post a Comment