Apabila disebut taska, umi tau semua orang pun maklum maksudnya. Kita semua sedia tahu pembantu di taska mestilah lebih daripada seorang kerana bukanlah mudah untuk mengasuh bayi-bayi seawal umur 2 bulan hingga 4 @ 5 tahun yang dijaga dalam bilangan melebih 4 orang. Tentulah ianya jauh lebih bersistematik, berbeza ngan pengasuh di rumah atau dihantar ke rumah pengasuh.
Gambar Hiasan
Sekarang isu taska @ taman asuhan kanak-kanak semakin sering kita dengar. Cite tentang bayi mati tercekik susu, terjatuh dari buaian, dah macam jadi kelaziman di sana. Itu cite yang keluar dalam berita, cite2 lain yang tidak dilaporkan pun banyak gak seperti mencubit anak2 yang diasuh, pertelingkahan antara anak2, mencuci najis ngan kaki dll. Mengapa semua ni berlaku?
Gambar Hiasan
Sekarang isu taska @ taman asuhan kanak-kanak semakin sering kita dengar. Cite tentang bayi mati tercekik susu, terjatuh dari buaian, dah macam jadi kelaziman di sana. Itu cite yang keluar dalam berita, cite2 lain yang tidak dilaporkan pun banyak gak seperti mencubit anak2 yang diasuh, pertelingkahan antara anak2, mencuci najis ngan kaki dll. Mengapa semua ni berlaku?
Ada beberapa sebab yang mungkin kurang disedari @ sengaja diabaikan oleh pihak pengurusan taska. Antaranya ialah pengagihan tugas yang tidak betul/adil, tiada pemantauan oleh pihak pengurusan, pembantu2 taska tidak terlatih @ tidak pernah mengikuti latihan yang sepatutnya dan yang penting sekali jumlah anak2 yang diterima masuk ke taska melebihi kemampuan/kemudahan yang disediakan oleh pusat itu sendiri. Hal ini memang kerap berlaku, bila pihak pengurusan hanya memikirkan keuntungan semata2. Ini semua yang berlaku di setiap taska yang lemah dari segi pengurusannya.
Sebagai ibu bapa yang memerlukan khidmat taska, kita berhak mendapatkan khidmat yang terbaik untuk anak-anak yang menjadi permata hati kita. Sebelum memilih taska yang sesuai selidik dulu. Umi percaya bukan hanya ada 1 taska di sesuatu tempat @ kawasan perumahan sementelahan pulak bagi kita yang tinggal di bandar-bandar besar. Camne nak selidik? Terpulang pada kebijaksanaan sendiri.
Yang paling penting tolong pastikan taska yang kita pilih tu berlesen dengan pihak/majlis berkuasa tempatan dan mendapat kelulusan daripada kementerian yang berkenaan. Tu semua penting untuk kita, jangan apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini di pusat taska tu anak kita akan " mati katak " .... tiada insuran yang melindungi !!!! Pada siapa yang kita nak tuntut? Maksud umi, kita bukan tuntut nilai nyawa anak kita tetapi gantirugi atas kelalaian pusat tersebut, umi faham tiada suatu nilai yang dapat membayar harga nyawa anak2 kita. Sama-sama kita fikirkan ye .... Kalau dah tau ombak itu ganas, usah berumah di tepi pantai. Jangan nanti kita sesalkan diri sendiri seumur hidup kita atas kegagalan kita mengambil tindakan yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment