Monday, February 28, 2011

SAMAN OH SAMAN !!!

Tempoh tawaran saman berdiskaun  hampir berakhir, sudahkah saman-saman kita semua dijelaskan??? Umi bukan nak memanjangkan isu saman tapi umi nak cite kisah benar yang berlaku pada umi berikutan saman.

Disember 2010, umi minta tolong hubby jelaskan saman di tempat kerjanya. X payahlah umi bagi tau di mana... Dia lak dek kerana sibuk dan mungkin gak kerana terlalu percaya dan x kesahnya, telah meminta tolong drpd salah seorang pegawai trafik untuk menjelaskan saman umi tu. Mungkin kerana kesuntukan masa, dia x sempat bertanyakan hal susulan berkaitan saman tu. 

Bila umi buat semakan di MYeg, huhhhhh ... sakit jiwa tul... saman masih belum dijelaskan, sampailah semalam masih gak sama. Geram betulllllllllllllllllllllllll....  Hubby lak bila diminta berurusan semula ngan pegawai tu, asyiklah kata nanti dia gi tanya. Kalaulah umi kenal pegawai tu, memanglah umi gi jumpa dia. Mau gak umi kata kat dia, klu nak makan pun janganlah sampai x kenal mangsa. Anggota sendiri pun dia nak balun gak ke? x sangka nak jadi camni ... ingatkan ada org dalam senang, rupanya menyusahkan je... Bukannya umi minta kurangkan bayaran pun.... tolong  bayar je sebab malas nak beratur. 

Moral of the story ... buat sendiri jangan harap kat orang lain, akibatnya akan menyusahkan diri sendiri gak. 
Umi gak nak pesan pada semua, jangan sewenang-wenangnya percaya kat seseorang walaupun dia tu berjawatan. Kes mcm umi ni memang selalu berlaku ... kerana duit, manusia jadi gelap mata dan hati. 

Kepada orang yang ada kuasa dan kedudukan pulak, umi harap janganlah digelapkan masa depan kita dengan wang yang x seberapa nilanya. Ingatlah, untuk memberi makan anak &  isteri carilah dari sumber yang halal. Jangan sampai wang haram digunakan untuk menyara mereka yang tersayang hingga semua tu menjadi darah daging mereka. bayangkanlah azabnya ..... Nauzubillah .....

Wednesday, February 23, 2011

Tanggungjawab lelaki

Golongan Lelaki yang Akan Ditarik Oleh Wanita ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. 



*** Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya



4. ..............


Saturday, February 19, 2011

Alia sawan lagi

7.25 ptg tadi, saat azan maghrib hampir berkumandang ... umi dikejutkan ngan kata2 along ain, "umi, alia sawan". Bergegas ke ruang tamu, umi tenguk alia dah keras  kejang. Masa tu, alang tengah cuba untuk memulihkan adiknya. Selalunya, bila ditiup ke hidung dan mulutnya, dia akan ok tapi arini umi tenguk, mukanya dah mula membiru. Bagi alia, bila dah mula biru tu maksudnya, dia x sedar dah lebih 5 minit dan mesti dibawa segera ke hospital (ikut pesanan doktor).

                                      comel kan ...
 
Masa tu x kira apa dah, sarung je tudung terus masuk keta, along ain meriba alia sambil cuba memulihkannya. Bila gagal, along dah mula panik dan menangis, umi terpaksa marah kat dia, umi x nak bila dia wat camtu, umi takut panik & xleh drive ngan baik..... Jalan lak sesak, nak potong pun x leh ... hanya lampu kecemasan dan isyarat lampu minta laluan, dlm hati panjang doanya ... alhamdulillah ada gak yg memahami dan cuba bg jalan kat kami ni dan dlm masa 10 minit, sampai gak umi ke hospital kajang. 

Alia dimasukkan ke unit kecemasan pada pukul 7.40 mlm dan diberikan rawatan yg sepatutnya ... masa sampai di situ dia masih x sedarkan diri...  8.05 mlm, alia dah mula sedar tapi masih lum pulih sepenuhnya. Masa tu segala wayar di badannya, semua ditarik2 olehnya. 9.00 mlm alia telah ditolak masuk ke wad kanak2. 10.45 mlm, umi balik ke rumah manakala alia dijaga oleh ayahnya mlm ni ( sesekali bukannya selalu kan ... hehehe ), lagipun ayahnya off esok.
 
Sebenarnya, alia seorang anak OKU. dah berumur 6 thn 2 bulan, baru je pandai berjalan sejak 6 bln lepas, lum pandai cakap, semuanya dibantu. Alia bukanlah dari darah daging umi. umi peliharanya sejak dia berumur 20 ari dan dia mula diserang sawan sejak umurnya 3 bln. Dia gak mengalami sejenis sindrom yang x penah umi dengar sebelum ni iaitu cornelia de lange syndrom... 


               Alia di PDK Kajang

Nak tau apa dia sindom ni, tentulah kalian semua tau camne nak carikan ... apalagi, mulalah cari maklumat tentang sindrom ni ye ...

Friday, February 18, 2011

Lelaki Umpama Ais?????

Buat pertama kalinya dalam hidup ni, umi dengar perumpamaan  "lelaki umpama ais" ... betul ke? Ini bukan kata-kata umi tapi kata-kata ni keluar dari mulut org lelaki gak ... 
Agak-agaknya ada x yang boleh bagi pendapat mengapa  Lelaki Umpama Ais??? umi nak tau gak apa maksudnya tu.
Yang umi tau sifat ais tu keras tapi boleh cair gak akhirnya...

Wednesday, February 16, 2011

Takutlah ...

Aqip takutlah umi .... Tu kata-kata yang selalu dituturkan oleh anak bongsu umi yang dah menginjakkan kaki ke sek men pada awal tahun 2011. Mengapa & bila  Aqip takut???? 

Ermmmmm....  Anak-anak yang didedahkan dengan KBSR di awal tahun persekolahan mereka dulu telah bertukar menjadi seorang yang penakut, sedangkan KBSR diperkenalkan untuk mengubah sikap dan sifat negatif kanak-kanak kepada lebih positif, lebih berdikari, berani bersuara, boleh menangani semua masalah, terbuka dan lain-lain. 

Hari ni anak-anak kita telah bertukar menjadi penakut kembali. Umi bukan berkisar kepada Aqip sahaja tetapi hal yang sama berlaku kepada anak rakan-rakan umi yang lain.... 

Nilah yang umi nak kisahkan. Perihal begitu berpengaruhnya televisyen dan cerita-cerita yang disiarkan di kaca tv tu sendiri. Begitu banyak cerita berunsur seram yang disiarkan kebelakangan ini menyebabkan, anak-anak ini menjadi begitu penakut. sampaikan nak minum air di dapur pun minta ditemankan.... apalagi bila diminta pergi ke ruang rumah yang tertentu, terutamanya pada waktu malam, alamatnya sampai ke sudahlah dia duk kaku kat tempat duduknya tanpa bergerak.  

Umi rasa penyiaran cerita-cerita seram ini hendaklah dihadkan. Ia banyak membawa kesan negatif pada kanak-kanak. Kita x mau anak-anak kita bertukar menjadi negatif kembali. Banyak lagi cerita yang mendatangkan manfaat & memberi pengajaran serta ilmu untuk disiarkan menjadi santapan mata dan minda anak-anak kita...Wallahualam

Tuesday, February 15, 2011

Gamat Dunia Kalau .....

Cuba teliti gambar-gambar tu ... Apa akan jadi jika wujud Allah jadikan 1 daripada setiap jenis makhluknya paling besar daripada yang lain ... Cuba bayangkan, x ke gamat jadinya dunia, dek onar yang mereka dah/akan buat nanti ....                               


   Mungkinkah banyak kemalangan yang akan berlaku dek terkejut melihat 
kepala budak yang terjengul camtu?

 

 Mungkinkah kanak-kanak gergasi ni akan mencabut menara kawalan yang mengawal trafic udara?
X mustahilkan......


Tentu runtuh bangunan-bangunan di dunia ni, dipijak bila orang gergasi ni marah dan angin satu badan



Kanak-kanak biasanya takut bila nak jumpa doktor gigi. Bayangkan kalau mulut kanak-kanak sebesar ni, tentu habis mati doktor2 tu dikunyahnya ... Bukan apa, cuma balas dendam je ... hehehe

                                 
       Masa kecik-kecik dulu klu dpt tangkap mentadak selalu  
    nyanyi "mentadak mentadu camne si polan tido " ...
       Ermmmm, kalau mentadak tu dah jadi mentadak 
      gergasi camni, dah betukar jadi tunggangan lah pulak
      kan ... ermmmm
  
            Agak-agaknya berani ke penyamun nak menyamun
          apabila anjing gergasi berdiri depan gate??
          Tentu jenayah pecah rumah berkurangan kan ....

Monday, February 14, 2011

Buat Semua

Memberi ternyata lebih nikmat drpd menerima...
Memaafkan ternyata lebih melegakan drp mendendam...
Menyayangi ternyata lebih membahagiakan drp disayangi....

Salam ceria, salam sayang...selamat menyambut maulidurrasul!!!!

Amanat Buat Kami ...

Letih arini, kul 6.00 ptg baru sampai rumah ... Lepas sekolah tadi terus gi meeting ketua panitia daerah. Kalau sebut pasal meeting,  mestilah ada hal yang dibincangkan. Menarik gak, tapi yang pastinya meletihkan. Apa yang menariknya???? Cadangan program berpuisi di perkampungan orang asli dan program bersama PENA ke Indonesia. Berbagai-bagai aktiviti yang telah dirancang untuk kami di sana nanti. Tapi semua tu bukan percuma, ye. 

Namun bukan itu tujuan meeting hari ini. Ianya diadakan  bertujuan untuk memantapkan pengurusan panitia yang kami terajui. Sebagai ketua panitia, kami bertanggungjawab sepenuhnya memastikan pencapaian para pelajar kami agar sentiasa meningkat, mengenalpasti daerah kelemahan anak didik kami,  masalah penguasaan kemahiran murid cuba kami atasi, malah sebagai ketua, kami gak bertanggungjawab memastikan guru-guru ahli panitia kami menjalankan peranan mereka sebaik mungkin dalam usaha merealisasikan matlamat falsafah pendidikan dan memartabatkan institusi keguruan. 

Kami juga diingatkan untuk melaksanakan suatu kajian tindakan bagi mengenalpasti isu & mengatasi/menangani masalah-masalah @ isu yang serius di sekolah. Ketahuilah ... tugas kami bukan hanya di bilik darjah sekarang tetapi telah melangkaui ke persada antarabangsa....  Insyaallah...

Baca ~ Faham~ Fikirlah Sendiri ...

Maulidul Rasul ialah hari kelahiran kekasih Allah Nabi junjungan umat manusia, Muhammad S.A.W . Baginda  adalah merupakan nabi terakhir sejak dulu hingga akhir nanti... Tidak ada hari kekasih lain yang perlu diraikan selain hari kelahiran kekasih Allah @ Nabi Muhammad  S.A.W..

Valentine Day bukanlah antara hari-hari yang tersenarai  untuk diraikan @ disambut oleh umat Islam. Adalah haram bagi seseorang Islam untuk menyambutnya dan merestui sambutan  hari valentine ni atau menyokong / menyumbang segala keperluan untuk menyambutnya tidak kiralah melalui kata-kata ucapan, penjualan atau pembelian produk @ bunga / kad ucapan. 


Kita boleh meraikan kekasih  kita tapi bukan pada hari ini @ 14 Februari@ Valentine Day. Haram ....

Hanya penganut kristian yang sering meraikannya. Ianya disambut oleh mereka berikutan kematian PADERI VALENTINE, seorang paderi yang meninggalkan sepucuk surat yang tertera perkataan ' VALENTINE ALWAYS' . Dia sangat menyintai anak seorang warden penjara yang telah melawatnya ketika dia sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Sebelum kematiannya, dia telah menulis surat yang terakhir kepada kekasih hatinya dan telah menandatanganinya dengan ‘From your Valentine' .

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut segala berkaitan ngan valentine ni sila rujuk link yang umi sertakan, k

http://www.stvalentinesday.org/history-of-st-valentines-day.html

Sunday, February 13, 2011

Usah Berumah di Tepi Pantai

Apabila disebut taska, umi tau semua orang pun maklum maksudnya. Kita semua sedia tahu pembantu di taska mestilah lebih daripada seorang kerana bukanlah mudah untuk mengasuh bayi-bayi seawal umur 2 bulan hingga 4 @ 5 tahun yang dijaga dalam bilangan melebih 4 orang. Tentulah ianya jauh lebih bersistematik, berbeza ngan pengasuh di rumah atau dihantar ke rumah pengasuh.


                                             Gambar Hiasan
 
Sekarang isu taska @ taman asuhan kanak-kanak semakin sering kita dengar.  Cite tentang bayi mati tercekik susu, terjatuh dari buaian,  dah macam jadi kelaziman di sana. Itu cite yang keluar dalam berita, cite2 lain yang tidak dilaporkan pun banyak gak seperti mencubit anak2 yang diasuh, pertelingkahan antara anak2,  mencuci najis ngan kaki dll. Mengapa semua ni berlaku?

Ada beberapa sebab yang mungkin kurang disedari @ sengaja diabaikan oleh pihak pengurusan taska. Antaranya ialah pengagihan tugas yang tidak betul/adil, tiada pemantauan oleh pihak pengurusan, pembantu2 taska tidak terlatih @ tidak pernah mengikuti latihan yang sepatutnya dan yang penting sekali jumlah anak2 yang diterima masuk ke taska melebihi kemampuan/kemudahan yang disediakan oleh pusat itu sendiri. Hal ini memang kerap berlaku, bila pihak pengurusan hanya memikirkan keuntungan semata2. Ini semua yang berlaku di setiap taska yang lemah dari segi pengurusannya.

Sebagai ibu bapa yang memerlukan khidmat taska, kita berhak mendapatkan khidmat yang terbaik untuk anak-anak yang menjadi permata hati kita.  Sebelum memilih taska yang  sesuai selidik  dulu. Umi percaya  bukan hanya ada 1 taska di sesuatu tempat @ kawasan perumahan sementelahan pulak bagi kita yang tinggal di bandar-bandar besar. Camne nak selidik? Terpulang pada kebijaksanaan sendiri. 

Yang paling penting tolong pastikan taska yang kita pilih tu berlesen dengan pihak/majlis berkuasa tempatan dan mendapat kelulusan daripada kementerian yang berkenaan. Tu semua penting untuk kita, jangan apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini di pusat taska tu anak kita akan " mati katak " .... tiada insuran yang melindungi !!!! Pada siapa yang kita nak tuntut? Maksud umi, kita bukan tuntut nilai nyawa anak kita tetapi gantirugi atas kelalaian pusat tersebut, umi faham tiada suatu nilai yang dapat membayar harga nyawa anak2 kita. Sama-sama kita fikirkan ye .... Kalau dah tau ombak itu ganas, usah berumah di tepi pantai. Jangan nanti kita sesalkan diri sendiri seumur hidup kita atas kegagalan kita mengambil tindakan yang sepatutnya.

Yang Mana Satu ???

Hari ni x buat apa2 pun ... boring betul. Bangun pagi tadi dengan demam selsema, batuk dan sakit tekak. Biasalah, klu dah camtu, alamatnya lepas makan ubat 10 minit akan lelaplah mata ni. X kisahlah kan, asal boleh sembuh ngan cepat...

Sebenarnya umi masih lum sembuh pun, banyak betul gangguan masa nak melelapkan mata....terutamanya sms yang bertalu-talu daripada kawan-kawan yang prihatin, yang ingin bertanya khabar ... Alhamdulillah... 

Bagi umi kawan ni ada banyak kategori. Ada kawan ketawa, kawan menangis, kawan sehati sejiwa, kawan berkepentingan dan lain-lain. Walau apapun kategorinya, memang x dapat nak dinafikan kita semua ni hidup memang perlu berkawan. 

Apa yang penting kita perlulah bijak memilih kawan. Mengapa kita berkawan, bagaimana kita memilih kawan dan apakah jenis kawan kita semuanya kita yang tentukan sendiri. Yang penting kita happy ngan kawan pilihan kita tu. Perlu gak kita ingatkan, bukan hanya kita yang berhak memilih kawan, tapi orang lain gak camtu ... 
Apa yang kita harapkan dari seorang kawan mungkin sama dgn apa yg kawan harapkan daripada kita. 

Oleh itu, cuba kita renungkan kembali, kawan jenis apakah kita ni ?????




Friday, February 11, 2011

Heran ...

Nape ngantuk sangat malam ni, sejak kul 9 malam lagi mata ni dah berat tapi masih gak dapat bertahan hingga sekarang ni 11.08 mlm. Nampaknya umi terpaksa mengalah sekarang. Mata ni betul2 minta direhatkan. Kalau camni x dapatlah nak capai target utk semak 5 skrip karangan tu malam ni ... huhuhu

Tak pelah... kan rehat tu penting untuk kesihatan diri. Mudah-mudahan lenaku malam ni diulit mimpi nan indah .....

Cukuplah Sekali ...

Setelah hampir 20 tahun menjadi pemandu, baru kali ini umi terasa betapa peritnya apabila terpaksa berkurung selama hampir 2 jam dalam kereta  di persimpangan jalan berlampu isyarat di sebuah kawasan yang sibuk di pekan Kajang ni mulai 6.50 pagi hingga 8.40 pagi. 

Sebut je kajang, mmg ramai yang terkenang akan kesesakan jalan raya di sini. Ntah nape, pagi ni citraku tiba2 tidak mahu bergerak langsung. Enjinnya x matipun, tapi bila masuk gear je, mengeluarkan bunyi yang sangat bising dan bergegar kuat ... Nak x nak terpaksalah duk dalam kereta tu dgn memasang lampu kecemasan, bising hon yang bertalu2 x usah cakaplah ... Org2 ni mcm x faham2 masalah umi ni. mana ada orang yang nak/minta keretanya rosak di tengah jalan camtu, sabar jelah ... 

Jenuh mencari no fon pomen tapi kebanyakannya lak tinggal di luar kawasan & cuma sanggup datang lepas kul 9, xkan umi nak tunggu kat situ lagi, kan. Pujuk punya pujuk adalah sorang yang sanggup datang, tu pun asyik otw je. xpelah kan asal dia sanggup datang ... Alhamdulillah & Terima kasih... Bila pomen datang, umi tinggalkan je citra tu kat pomen, umi lak trus g sekolah tumpang anak umi yang datang ke tempat kejadian tu ... 

sebenarnya, pomen tu adalah tuanpunya worksyop tempat umi antar citra tu semalam. pandai-pandai dialah nak wat camne. Dipendekkan cite, nasib baik barang yang umi ganti semalam ada warranty klu x, kuar duit lagilah ... Harap2 lepas ni, citra xkan buat hal camtu lagi. Cukuplah sekali, k.

Legaaaaaaaaaa .....

Alhamdulillah, selamat sudah tugasan  di sekolah untuk mggu ini ... Lega rasanya, tapi ada gak yang x leganya tau, bila mengenangkan buku latihan karangan yang penuh sebakul yang masih belum sempat disemak lagi ... huhuhu ... camtulah rutin tugas seorang guru.


Apa-apapun umi bersyukur melaluinya umi dapat menabur bakti mencurah ilmu kepada anak bangsa, mudah2an mereka akan menjadi warganegara yang berilmu & berbakti kemudian hari... Insyaallah

Melepas Gian .... Parah Kalau Dibiarkan ...

Bestkan !!!! Sebenarnya, kali ni cite berkisar pasal anak-anak umi. Ari ni sedar x sedar umi dah membebel ngan anak-anak, dahlah siang tadi sampai umah kul 4.30 ptg sebab update  fail-fail panitia, buka peti surat lak tgk bil elektrik, terjegil biji mata umi .... huhuhu.... lebih 120% dari bulan sebelum ni.... ni semua penangan laptop dan game internet yang buat anak asyik mahsyuk sampai terlupa time tido.

X boleh jadi ni, sebelum bil semakin meningkat umi kena buat sesuatu .... Umi teringat dulu masa umi study, bil elektrik umah ni mencecah hampir RM800 sebulan, caye x? tu memang realiti ... mungkin sebab tiada pengawasan anak layan game sampai bil melambung tinggi, kalah bil bulanan kilang lak, kan?

Sebenarnya, anak umi ni lepaskan gian.... time dia nak spm dulu umi penah cakap, lupakan laptop dan game dulu, tumpu pada study, Camtu gak ngan si bongsu, kena fokus utk upsr dulu... lepas exam nanti, nak main, mainlah ..... . hahaha, kan dah terkena batang hidung sendiri. lepas je spm anak tu pun apa lagi pulun sakan ngadap laptop dan gamenya. Si bongsu masih boleh mengalah sbb masih belajar lagi..... Semalam umi dapat tau abangnya tu tido kul 5.30 pagi sbb leka ngan game tu .... Apalagi, mulalah bebelan umi .... terus umi kuatkuasakan peraturan " Laptop & Game ". Sebarang permainan & penggunaan laptop olehnya mesti ditamatkan sebelum kul 11 mlm setiap ari. Alhamdulillah, sebelum umi menyusun kata di laman ni tadi, umi tenguk peraturan tu dipatuhi ....

Ermmmm, tenguklah berapa lama boleh bertahan. Bagi umi, bukan duit yang umi risaukan tapi umi sebenarnya nak anak hidup berjadual dan berperaturan selain untuk menjaga kesihatan dirinya sendiri. Umum tahukan, kita mesti mendapat tido dan rehat yang cukup...

Wednesday, February 9, 2011

Secalit Memori Yang Menggebu ....

Huhhhh .... Penatnya...... time keletihan camni umi teringat alangkah bestnya time study dulu. Masa belajar x sama ngan masa mengajar ni. Masa study tu, umi cuma fikir pasal kuliah ngan assignment je. Masa ngajar ni, umi kena fokus pada murid, kelas dan keja2 lain yang menyebabkan kami para guru tiada masa nak menyemak buku2 latihan murid. Sukarnya, menjadi guru sekarang .... guru gak jadi mangsa keadaan, kami sebagai pelaksana dasar,  kamilah kerani, kamilah pengurus stor, kami juga pegawai pemakanan seimbang, & yang paling banyak berlaku sekarang kami juga mangsa serangan ibu bapa & penjaga yang kehendaknya terlalu tinggi...

Untuk pengetahuan semua umi mula mendaftar jadi siswi beberapa hari sebelum berumur  41 tahun iaitu pada 1 julai 2007.Sebelum tu, umi telah mengikuti kursus selama 1 tahun di salah sebuah institut kepengetuaan yang terkenal di negara kita. Sebelum tu, umi nak maklumkan umi hanyalah guru biasa di sekolah rendah.

Masa study, umi mengikuti kuliah bersama dgn kawan2 yang seusia/seangkatan ngan umi. Oleh kerana kami ni siswa siswi veteran, jadual kuliah kami dirancang mengikut keselesaan kami ...  maka x heranlah, kami ni sanggup berkuliah sampai kul 11 mlm, asalkan kami boleh bersama family pada hujung mggu seawal hari khamis lagi.

Manakala kelas pada hari Isnin kadang kala bermula pada pukul 10 pagi. maknanya ada segelintir di antara kami ni akan balik ke kampus pada pagi Isnin. Setiap semester umi dan kwn2 akan ambil 7 hgga 8 subject, bayangkanlah betapa sibuknya kami ... tapi kami semua tetap happy, time study kami pulun betul2 dan hasilnya hampir 50% daripada kami menerima anugerah dekan dalam kesemua 4 semester dan tentunya termasuk umi sekali tau ... hehehe, alhamdulillah...  dan syukur sekali lagi umi at last umi berjaya kumpul 3.69, walaupun x dpt 4.0 umi tetap bersyukur berkat izinNya umi berjaya ke tahap itu, walaupun pada awalnya umi merasakan bahawa tindakan umi untuk belajar di usia itu adalah tindakan yang salah .... 

Mengapa umi rasa begitu? ermmmmm.... nanti sambung ye ...

Berselerakah lagi .... ???

Sebagaimana biasa, dapat je gambar2 yang kawan2 email, umi terus belek satu persatu. Kali ni gambar2 yang umi dapat tu buat umi berfikir banyak kali, sanggupkah umi nak makan @ masih berselerakah umi seandainya dihidangkan dgn makanan/buah2an tersebut. 
Kalau nak tahu cuba tenguk ngan teliti k











 Anda bagaimana? 


Tuesday, February 8, 2011

Lelaki Dimadukan ???

Tenguk tajuk memang menarik kan? Mana pernah kita dengar lelaki hidup bermadu atau dimadukan, kalau wanita biasalah ... dah naik jelak kita dengar &  tenguk di  depan mata kepala sendiri.
Umi x pasti sama ada kalian semua setuju atau x, tapi umi rasakan hal ini benar-benar berlaku......
Walaupun umi tiada statistik yang tepat tetapi melalui hasil perbincangan dgn rakan-rakan, umi kena akur dengan pernyataan lelaki dimadukan ini.

Dalam hal ini, seseorang lelaki itu dikatakan  bermadu apabila isterinya telah menjalin hubungan sulit dan sedang asyik mahsyuk memadu kasih dgn org lain malah secara terang-terangan berani mempamerkan lelaki itu di khalayak ramai dan mengakui yang lelaki itu adalah suaminya walhal umum mengetahui siapa suami sebenarnya .... 

Umi x ingin menuding jari meletakkan kesalahan pada sesiapa, bagi umi setiap apa yang berlaku pasti berpunca  tapi andai kata ada yang berminat memberi sebarang ulasan, silakan.....

Monday, February 7, 2011

Belon oh Belon ...

Nampaknya para pereka fesyen masakini telah melangkah lebih maju ke hadapan. Mereka telah memikirkan suatu alternatif kepada kita semua andaikata kain tidak dikeluarkan lagi pada masa depan. Persoalannya, sanggupkah kita mengenakan pakaian tersebut nanti ?



















Ada yang berkenan di hati? Pilihan di tangan anda...Tepuk dada tanya selera, k.  

Sunday, February 6, 2011

Bijak, Kelakar @ ...... ????

Macam-macam gelagat yang boleh kita lihat sekarang ni. Kalau x caye cuba tenguk ...




                              Ada gak ibu yang sanggup buat anak camni... kalau anda bagaimana?

Sian papa kan ... hehehe

Dia masih lum mengerti erti bahaya ..


                                           Sian adik jadi mangsa kakak yang kemaruk menulis






Sesuatu yang x penah kita duga tapi semakin kerap berlaku.... 

Saturday, February 5, 2011

Dengkuran Muslihat !!!!



Kelakarkan, ada ke perempuan yang sanggup duk bawah katil sementara nak tunggu peluang camtu?? .... Tapi semua tu x mustahil berlaku masakini kan ... Ada siapa yang nak komen ?
       

Umi Jiwang Lagi ....

ANDAI AKU.....

Andai aku punya mukjizat,
Akan ku kepal gumpalan awan,
Menjadi tugu lambang kasihku padamu...
Andai aku punya mukjizat,
Akan kuwarnai hatimu, serona hatiku...
Andai aku punya mukjizat,
Akan ku kupintal liur lelabah
Menjadi temali yg mengikat hatimu & hatiku
Namun,
Kelukaan hati yg dalam,
Buat aku bimbang
Menengadah awan,
Bermain warna,
Menjerat sang lelabah...
Pastinya ....
Semua itu hanya mimpi,
Mimpi yg x mungkin jadi realiti...
Biar kutitip kerinduan ini,
Jauh di sudut hati,
Memandangmu di kejauhan,
Dgn doa yg kudus khusus buatmu,
Hati ini biarkan ia sepi, sendiri...

Mukjizat di sebalik BISMILLAH (4)


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

Mukjizat di sebalik BISMILLAH (3)

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '