Monday, February 14, 2011

Baca ~ Faham~ Fikirlah Sendiri ...

Maulidul Rasul ialah hari kelahiran kekasih Allah Nabi junjungan umat manusia, Muhammad S.A.W . Baginda  adalah merupakan nabi terakhir sejak dulu hingga akhir nanti... Tidak ada hari kekasih lain yang perlu diraikan selain hari kelahiran kekasih Allah @ Nabi Muhammad  S.A.W..

Valentine Day bukanlah antara hari-hari yang tersenarai  untuk diraikan @ disambut oleh umat Islam. Adalah haram bagi seseorang Islam untuk menyambutnya dan merestui sambutan  hari valentine ni atau menyokong / menyumbang segala keperluan untuk menyambutnya tidak kiralah melalui kata-kata ucapan, penjualan atau pembelian produk @ bunga / kad ucapan. 


Kita boleh meraikan kekasih  kita tapi bukan pada hari ini @ 14 Februari@ Valentine Day. Haram ....

Hanya penganut kristian yang sering meraikannya. Ianya disambut oleh mereka berikutan kematian PADERI VALENTINE, seorang paderi yang meninggalkan sepucuk surat yang tertera perkataan ' VALENTINE ALWAYS' . Dia sangat menyintai anak seorang warden penjara yang telah melawatnya ketika dia sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Sebelum kematiannya, dia telah menulis surat yang terakhir kepada kekasih hatinya dan telah menandatanganinya dengan ‘From your Valentine' .

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut segala berkaitan ngan valentine ni sila rujuk link yang umi sertakan, k

http://www.stvalentinesday.org/history-of-st-valentines-day.html

No comments:

Post a Comment