Saturday, February 19, 2011

Alia sawan lagi

7.25 ptg tadi, saat azan maghrib hampir berkumandang ... umi dikejutkan ngan kata2 along ain, "umi, alia sawan". Bergegas ke ruang tamu, umi tenguk alia dah keras  kejang. Masa tu, alang tengah cuba untuk memulihkan adiknya. Selalunya, bila ditiup ke hidung dan mulutnya, dia akan ok tapi arini umi tenguk, mukanya dah mula membiru. Bagi alia, bila dah mula biru tu maksudnya, dia x sedar dah lebih 5 minit dan mesti dibawa segera ke hospital (ikut pesanan doktor).

                                      comel kan ...
 
Masa tu x kira apa dah, sarung je tudung terus masuk keta, along ain meriba alia sambil cuba memulihkannya. Bila gagal, along dah mula panik dan menangis, umi terpaksa marah kat dia, umi x nak bila dia wat camtu, umi takut panik & xleh drive ngan baik..... Jalan lak sesak, nak potong pun x leh ... hanya lampu kecemasan dan isyarat lampu minta laluan, dlm hati panjang doanya ... alhamdulillah ada gak yg memahami dan cuba bg jalan kat kami ni dan dlm masa 10 minit, sampai gak umi ke hospital kajang. 

Alia dimasukkan ke unit kecemasan pada pukul 7.40 mlm dan diberikan rawatan yg sepatutnya ... masa sampai di situ dia masih x sedarkan diri...  8.05 mlm, alia dah mula sedar tapi masih lum pulih sepenuhnya. Masa tu segala wayar di badannya, semua ditarik2 olehnya. 9.00 mlm alia telah ditolak masuk ke wad kanak2. 10.45 mlm, umi balik ke rumah manakala alia dijaga oleh ayahnya mlm ni ( sesekali bukannya selalu kan ... hehehe ), lagipun ayahnya off esok.
 
Sebenarnya, alia seorang anak OKU. dah berumur 6 thn 2 bulan, baru je pandai berjalan sejak 6 bln lepas, lum pandai cakap, semuanya dibantu. Alia bukanlah dari darah daging umi. umi peliharanya sejak dia berumur 20 ari dan dia mula diserang sawan sejak umurnya 3 bln. Dia gak mengalami sejenis sindrom yang x penah umi dengar sebelum ni iaitu cornelia de lange syndrom... 


               Alia di PDK Kajang

Nak tau apa dia sindom ni, tentulah kalian semua tau camne nak carikan ... apalagi, mulalah cari maklumat tentang sindrom ni ye ...

No comments:

Post a Comment