Setelah hampir 20 tahun menjadi pemandu, baru kali ini umi terasa betapa peritnya apabila terpaksa berkurung selama hampir 2 jam dalam kereta di persimpangan jalan berlampu isyarat di sebuah kawasan yang sibuk di pekan Kajang ni mulai 6.50 pagi hingga 8.40 pagi.
Sebut je kajang, mmg ramai yang terkenang akan kesesakan jalan raya di sini. Ntah nape, pagi ni citraku tiba2 tidak mahu bergerak langsung. Enjinnya x matipun, tapi bila masuk gear je, mengeluarkan bunyi yang sangat bising dan bergegar kuat ... Nak x nak terpaksalah duk dalam kereta tu dgn memasang lampu kecemasan, bising hon yang bertalu2 x usah cakaplah ... Org2 ni mcm x faham2 masalah umi ni. mana ada orang yang nak/minta keretanya rosak di tengah jalan camtu, sabar jelah ...
Jenuh mencari no fon pomen tapi kebanyakannya lak tinggal di luar kawasan & cuma sanggup datang lepas kul 9, xkan umi nak tunggu kat situ lagi, kan. Pujuk punya pujuk adalah sorang yang sanggup datang, tu pun asyik otw je. xpelah kan asal dia sanggup datang ... Alhamdulillah & Terima kasih... Bila pomen datang, umi tinggalkan je citra tu kat pomen, umi lak trus g sekolah tumpang anak umi yang datang ke tempat kejadian tu ...
sebenarnya, pomen tu adalah tuanpunya worksyop tempat umi antar citra tu semalam. pandai-pandai dialah nak wat camne. Dipendekkan cite, nasib baik barang yang umi ganti semalam ada warranty klu x, kuar duit lagilah ... Harap2 lepas ni, citra xkan buat hal camtu lagi. Cukuplah sekali, k.
No comments:
Post a Comment