Thursday, March 31, 2011

Allah Bayar Cash ....

Tiga minggu yang meletihkan... Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dengan lancar pada 24 mac 2011 lepas. Pada hari yang sama, sepupu merangkap biras umi telah menjalani rawatan di Hospital Serdang setelah ditolak oleh pihak Hospital TAA Kuantan. Dia mula dimasukkan ke HS pada hari Rabu 23 Mac 2011. Keesokan harinya, ahli keluarganya sampai ke rumah umi dan menumpang untuk beberapa hari. 

Sepanjang lawatan umi ke hospital, dia tidak sedarkan diri. mengikut kata petugas, dia ditidurkan kerana keadaannya yang tidak stabil. Orang x biasa sakit, macam budak2 perangainya, menggelupur nak balik rumah. Sebenarnya, keadaan dia memang kritikal. Buah pinggang memang dah rosak, jantung lak masalah. Anaknya kata, ada saluran yg putus dan bocor. Usianya dah 69 tahun, doktor memang x sanggup nak buat pembedahan kerana keadaan dia yang x stabil. lagipun doktor kata risikonya tinggi, sama ada mati atau pun lumpuh wlaupun pembedahan berjaya. Akhirnya, pada Selasa 29 Mac, sepupu umi telah menghembuskan nafas terakhir setelah segala bantuan pernafasan dihentikan. Innalillah ......

Maka yatim piatulah anak-anak saudara umi tu....  Apa yang umi nak katakan di sini sepupu umi tu selain meninggalkan 5 orang anak, dia telah meninggalkan 2 orang balu. Kedua-duanya merupakan ibu tiri kepada mereka semua. Isteri terbarunya telah dinikahi pada 21 Februari 2011 sebulan sebelum dia jatuh sakit. Walaupun begitu, anak2 nya lebih rapat ngan isteri muda kerana dia pandai tackle hati anak-anak itu. Sebenarnya, anak2 tidak menyenangi makcik tua mereka kerana layanan dia yg buruk terhadap mereka adik beradik. Dia gak telah menghalau anak bongsu suaminya itu dari rumah. Anak-anak yang balik ke rumah semasa ketiadaan ayah mereka, dihalau balik tanpa dibenarkan masuk ke rumah. Begitulah layanan makcik tua terhadap adik- beradik ni.

Semasa di HS, umi tenguk makcik tua tu termenung panjang. Bila ditanya, dia kata kat manalah dia nak tinggal kalau suaminya dah meninggal dunia nanti. Terfikir gak umi, baru dia sedar sekarang, selama ni dia duk halau budak2 tu dari rumah mereka sendiri. Kalau dia layan budak2 tu ngan baik, tentu semua tu x kan terjadi, budak2 tu gak akan jaga dia ngan baik kan...

Umi turut sama ke Kuantan mengiringi jenazah. sebaik sahaja selesai upacara pengebumian, anak2 telah menyerbu ke rumah arwah ayah mereka. Untuk elakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, umi & hubby turut ke rumah tu, selepas tgk adik beradik tu lum muncul2 lagi di rumah mak sedara mereka yang kebetulan tinggal selang 4 buah rumah dari rumah mereka tu. Apa yang mereka buat sebenarnya?

Bila sampai, umi tenguk mereka tengah mengelilingi makcik tua mereka tu. mereka minta semua dokumen seperti geran tanah, buku akaun simpanan dll. nampak macam berat hati  je, makcik tua tu nak mengeluarkannya tapi terpaksa gak diberi kepada anak sulung arwah. Ermmmm, susah kan .... Sebab tu apa je tindakan yang nak kita buat, kita kena fikirkan akibatnya .... Anak-anak tu pun dah jadi ilang rasa belas kasihan pada makcik tua tu.... Kesian kan? 

Apa yang umi harapkan, andai ada di antara kita yang berkeadaan sama ngan situasi di atas ni fikir-fikirkanlah ... X selamanya kita ni senang sentiasa, ada masa kita gak mengalami saat kejatuhan. Ingatlah, sekarang ni Allah bayar cash segala amalan/perbuatan kita ketika di dunia lagi, x sempat tunggu di akhirat dah pun. Wallahuallammm ...

Sunday, March 20, 2011

Tragedi Lagi

Tragedi kemalangan yang melibatkan bas ekspress telah bermula kembali. Nampak macam seperti suatu jangkitan virus lak kan. Baru lagi kita dikejutkan dgn kemalangan yang berhampiran dgn Tol Simpang Ampat, hari ni sekali lagi kita dikejutkan dengan kemalangan yang lain pulak yang berlaku di bahagian utara ...

Sesungguhnya nyawa para penumpang bas ekspress bergantung sepenuhnya kepada para pemandu, bas dan syarikat yang berkenaan. Memanglah hidup & mati tu kehendak Allah swt tetapi mahukah kita kalau dipersalahkan oleh keluarga mangsa yang terlibat atas kehilangan nyawa ahli keluarga mereka.

Kepada para pemandu bas ekspress ambillah langkah keselamatan yang terbaik sebelum mula menjalankan tugas. Pastikan anda mendapat rehat/tidur yang cukup. Jangan asyik mengejar trip sampai lupa, anda belum rehat secukupnya. Memang duit itu penting, tetapi bala akan sentiasa berlaku jika kita alpa, apatah lagi jika memandu dalam keadaan mengantuk. masalah ini juga boleh diatasi apabila Syarikat Bas Ekspress sendiri bertanggungjawab menyediakan seorang pemandu kedua/gantian.

Keadaan kenderaan juga hendaklah dipastikan agar tiada berlaku kerosakan yang sepatutnya dapat dielakkan awal-awal lagi. Dalam hal ni, syarikat bas janganlah mengambil langkah mudah menyediakan alat ganti tiruan/murahan yang tidak sepatutnya, untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan jika membeli alatan gantian yang original.

Monday, March 14, 2011

Tipu di Mana-mana Aje .... Awas, Jangan Jadi Mangsa !!!

Tak lama lagi keputusan SPM akan diumumkan ... Berdebar gak rasa hati ni, maklum salah seorang anak umi turut terlibat. Dalam tempoh tu, bertimbun dah surat  tawaran dari kolej2 yang tumbuh bak cendawan di negara kita ni. 

Macam-macam kursus yang ditawarkan, macam-macam kemudahan yang diwarwarkan, semuanya untuk menarik perhatian kita semua. Apa pun umi harap kepada yang berminat nak mendaftarkan anak masing-masing ke kolej swasta berhati-hatilah ye. Jangan ada lagi yang tertipu ngan ejen-ejen yang ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Sebagaimana yang heboh diperkatakan & berlaku di salah sebuah kolej di N9 baru-baru ini. Oleh kerana ingin mengaut keuntungan ejen telah mendaftarkan pelajar dengan bayaran antara RM1000 - RM2500, walhal bayaran pendaftaran untuk kemasukan pelajar ke kolej tersebut hanyalah RM300.

Nasihat umi, kalau sesiapa yang berminat ngan kursus-kursus yang ditawarkan oleh mana-mana kolej, cuba dapatkan sendiri alamat kolej dan berurusan terus ngan pihak pentadbiran kolej

Wednesday, March 9, 2011

Anak Tidak Sah Taraf

Tajuk menarik yang tengah dipaparkan di kaca tv pada saat umi mula membuat coretan ini. Turut dipaparkan begitu ramai remaja terutama melayu yang terlibat. Anak ini lahir berikutan keterlanjuran pasangan remaja dalam perhubungan seharian. Dek kerana asyik mahsyuk dilamun cinta hingga terlupa daratan akibatnya remaja perempuan mengandung dan melahirkan anak luar nikah. Mengapa dikatakan anak itu anak tidak sah taraf? Dipendekkan cerita, anak tidak sah taraf ni boleh dikenalpasti daripada maklumat dalam sijil kelahirannya. Dalam sijil kelahiran tu akan tertera  maklumat bapa tidak diperolehi.
Apa yang umi nak terangkan kat sini, bukan keadaan tersebut di atas je menyebabkan timbulnya istilah  anak tidak sah taraf. Maksud umi bukan di kalangan remaja sahaja, tetapi juga di kalangan pasangan dewasa. Mengapa ini terjadi?

Pasangan ini terdiri daripada pasangan suami isteri. Mereka bernikah tetapi pernikahan mereka tidak sah di sisi undang-undang negara kita. Bagaimana? Biasanya, pasangan ini bernikah di negara jiran @ sempadan negara. Ini selalu berlaku, dah semacam tidak dapat dibendung lagi. Seorang lelaki yang tidak mahu/boleh mendapatkan keizinan daripada isteri pertama mengambil jalan mudah membawa pasangan yang ingin dinikahi ke sana. 

Selain daripada bernikah di sempadan @ negara jiran, 1 lagi kaedah yang sering digunapakai oleh kaum lelaki yang ingin mengamalkan hidup berpoligami dengan cara nikah menggunakan sindiket. Dalam hal ini mereka mereka hanya perlu membayar sejumlah wang kepada orang yang menjalankan kegiatan tersebut. Nikah sindiket ni, kalau dilihat dengan mata kasar tiada bezanya dgn nikah biasa, pasangan masih juga diberi sijil nikah yang siap ngan cop pejabat agama Islam di mana mereka dinikahkan. 

Masalah cuma timbul apabila mereka mendapat cahaya mata dan hendak didaftarkan di pejabat pendaftaran untuk tujuan mendapatkan sijil kelahiran/surat beranak. Masa tu JPN dapat mengesan sama ada pasangan tu sah nikah di sisi undang-undang atau pun x. Masa tu jugak JPN mengisytiharkan anak tu anak tidak sah taraf dgn cara tidak memasukkan nama bapa dalam sijil lahir kanak-kanak itu. Dalam pada tu, pihak JPN menasihatkan pasangan supaya mendaftarkan pernikahan mereka dengan segera. 

Ari ni, umi telah dihubungi oleh seseorang yang bercerita perihal susahnya dia nak daftarkan anaknya ke sekolah Anak ini akan masuk Tahun 1 pada tahun 2012. Dia gak kata, pihak sekolah minta sijil nikah sedangkan sijil nikah palsu mereka telah diambil oleh JPN masa daftar kelahiran anak tu dulu. Bayangkan, baru nak masuk Tahun 1 dah masalah, belum lagi untuk dapatkan segala kemudahan yang disediakan di sekolah nanti ...  

Salah siapa ???? Kepada mereka yang berhajat nak berbuat demikian fikirkanlah akibatnya pada anak-anak mereka nanti.

Tuesday, March 8, 2011

Agenda Tersirat

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan? Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam.. Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah...
Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini...
                     Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen


Sunday, March 6, 2011

selamat mengundi

Selamat mengundi kepada para pengundi di DUN Kerdau dan DUN Merlimau. Mengundi adalah tanggungjawab kita. Proses membuang undi adalah satu kaedah untuk kita memilih pemimpin masa depan yang mampu mengubah dan mencorakkan kehidupan masa depan kita ke arah yang lebih baik. Pilihlah calon yang berwibawa dan mampu membuat perubahan bukan kerana dasar  tali persaudaraan, kenalan akrab, rupa paras dll.

Kepada calon yang terpilih nanti, tahniah dan selamat berjuang untuk membangunkan masyarakat dan negara. Kalianlah yang akan menentukan mundur majunya nasib anak bangsa kita.

Thursday, March 3, 2011

Ermmmmm.... Duniaku kini ...

Ermmmmmm, ari ni hari ke3 dalam bulan Mac. Dah beberapa ari, umi x jenguk kat blog ni ... Rindu lak rasanya. Beberapa arini umi sibuk sangat ngan keja-keja kat sekolah. Banyak yang perlu dibereskan segera. Mana lagi nak semak kertas soalan yang guru-guru buat, mana lagi nak urus pertandingan bercerita peringkat zon yang umi jadi penyelarasnya ... 

Nasib baiklah keja-keja kat rumah ada bibik tua yang setia membantu menguruskannya. Di rumah, umi cuma memasak je, tu pun kadangkala anak umi ambik turn masak sama. Umi bersyukur mempunyai anak2 dan pembantu yang amat memahami, Alhamdulillah ... 

Sebenarnya, umi masih dalam era menyesuaikan diri ... bukan mudah nak ubah dari dunia pelajar sepenuh masa kepada ibu yang berkerjaya. Tambahan pula dengan tuntutan masyarakat yang pelbagai terhadap sekolah masakini....