Monday, February 14, 2011

Amanat Buat Kami ...

Letih arini, kul 6.00 ptg baru sampai rumah ... Lepas sekolah tadi terus gi meeting ketua panitia daerah. Kalau sebut pasal meeting,  mestilah ada hal yang dibincangkan. Menarik gak, tapi yang pastinya meletihkan. Apa yang menariknya???? Cadangan program berpuisi di perkampungan orang asli dan program bersama PENA ke Indonesia. Berbagai-bagai aktiviti yang telah dirancang untuk kami di sana nanti. Tapi semua tu bukan percuma, ye. 

Namun bukan itu tujuan meeting hari ini. Ianya diadakan  bertujuan untuk memantapkan pengurusan panitia yang kami terajui. Sebagai ketua panitia, kami bertanggungjawab sepenuhnya memastikan pencapaian para pelajar kami agar sentiasa meningkat, mengenalpasti daerah kelemahan anak didik kami,  masalah penguasaan kemahiran murid cuba kami atasi, malah sebagai ketua, kami gak bertanggungjawab memastikan guru-guru ahli panitia kami menjalankan peranan mereka sebaik mungkin dalam usaha merealisasikan matlamat falsafah pendidikan dan memartabatkan institusi keguruan. 

Kami juga diingatkan untuk melaksanakan suatu kajian tindakan bagi mengenalpasti isu & mengatasi/menangani masalah-masalah @ isu yang serius di sekolah. Ketahuilah ... tugas kami bukan hanya di bilik darjah sekarang tetapi telah melangkaui ke persada antarabangsa....  Insyaallah...

No comments:

Post a Comment