Monday, February 28, 2011

SAMAN OH SAMAN !!!

Tempoh tawaran saman berdiskaun  hampir berakhir, sudahkah saman-saman kita semua dijelaskan??? Umi bukan nak memanjangkan isu saman tapi umi nak cite kisah benar yang berlaku pada umi berikutan saman.

Disember 2010, umi minta tolong hubby jelaskan saman di tempat kerjanya. X payahlah umi bagi tau di mana... Dia lak dek kerana sibuk dan mungkin gak kerana terlalu percaya dan x kesahnya, telah meminta tolong drpd salah seorang pegawai trafik untuk menjelaskan saman umi tu. Mungkin kerana kesuntukan masa, dia x sempat bertanyakan hal susulan berkaitan saman tu. 

Bila umi buat semakan di MYeg, huhhhhh ... sakit jiwa tul... saman masih belum dijelaskan, sampailah semalam masih gak sama. Geram betulllllllllllllllllllllllll....  Hubby lak bila diminta berurusan semula ngan pegawai tu, asyiklah kata nanti dia gi tanya. Kalaulah umi kenal pegawai tu, memanglah umi gi jumpa dia. Mau gak umi kata kat dia, klu nak makan pun janganlah sampai x kenal mangsa. Anggota sendiri pun dia nak balun gak ke? x sangka nak jadi camni ... ingatkan ada org dalam senang, rupanya menyusahkan je... Bukannya umi minta kurangkan bayaran pun.... tolong  bayar je sebab malas nak beratur. 

Moral of the story ... buat sendiri jangan harap kat orang lain, akibatnya akan menyusahkan diri sendiri gak. 
Umi gak nak pesan pada semua, jangan sewenang-wenangnya percaya kat seseorang walaupun dia tu berjawatan. Kes mcm umi ni memang selalu berlaku ... kerana duit, manusia jadi gelap mata dan hati. 

Kepada orang yang ada kuasa dan kedudukan pulak, umi harap janganlah digelapkan masa depan kita dengan wang yang x seberapa nilanya. Ingatlah, untuk memberi makan anak &  isteri carilah dari sumber yang halal. Jangan sampai wang haram digunakan untuk menyara mereka yang tersayang hingga semua tu menjadi darah daging mereka. bayangkanlah azabnya ..... Nauzubillah .....

No comments:

Post a Comment