Tuesday, July 5, 2011

Legaaaaaaaaaa .....

Lega, selesai tugas untuk arini ... mesyuarat panitia berjalan dgn baik. Alhamdulillah, semua ahli panitia memberi kerjasama dlm membentangkan hasil post mortem yang mereka dah buat berikutan PKSR 1 yg baru berlalu. 

Berat gak tanggungjawab mengajar BM ni. Tidak sebagaimana yg selalu org kata .... "alahhhh, BM kan bahasa ibunda." Umum mungkin tidak sedar, BM mengalami perubahan pesat sejak akhir2 ni, tidak sebagaimana 5 @ 10 thn lalu. Terlalu banyak kata pinjaman yg kita gunakan sekarang, perubahan ejaan dan lain-lain. Ini menyukarkan kami untuk mengajar BM & sentiasa menjadikan Kamus Dewan & Kamus Tatabahasa seperti kitab sebagai sumber rujukan. BM bukan lagi 1 mata pelajaran yg mudah dipelajari. Semua ni tidak berlaku dlm BI. Istilah yg digunakan dalam BI jarang sekali kita dengar berubah. 

Kadang-kadang susah hati gak, bila anak buah datang untuk membuat rujukan ... Takut x dapat menjawab ikut kehendak soalan. Ari ni, kebanyakan masalah yang dikemukakan & perbincangan lebih kepada meningkatkan  tahap penguasaan murid dalam tatabahasa. Harap-harap apa yg dirancang boleh dijalankan sebaik mungkin & membuahkan hasil yg baik.

Sunday, July 3, 2011

Tanpa disedari, dah lebih 2 bulan umi x menulis kat sini. Terlalu sibuk ngan tugas dan urusan keluarga. Dalam tempoh tersebut berbagai perkara telah umi lalui. Umi telah kehilangan paklong yang menghidap barah paru-paru dan ibu mertua yang menghidap athma & komplikasi jantung. Mungkin semua tu sudah suratan kan.... kewujudan blog umi ni pun macam dah umi x pedulikan.....
Apa yang menggerakkan hati umi  untuk menulis semula di sini???? Sebenarnya, semalam adalah hari lahir umi. Kawan-kawan mengusik umi mengatakan untungnya ramai yg meraikan hari lahir umi, seluruh sekolah di Malaysia ni bersempena ngan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Msia. Berada di sekolah, di tengah-tengah keriuhan & kesibukan aktiviti larian & sukaneka sekolah memang menghiburkan. Murid2 berada di tengah padang mengambil bahagian, cikgu2 lak di luar trek berlari ke hulu ke hilir mengiring para peserta kt luar trek. Lucukan... tp x kisahlah, yg penting mereka bersemangat untuk meneruskan acara.... kalah menang bukan perkara penting...
Balik ke rumah pula kepenatan. Masa tu barulah terasa .... aduh !!!! Sabar jelah kan.. hehehe. Apalagi umi pun ambik kesempatan berehat mengukur katil yg jarang dihuni pada waktu siang. Sedar2, azan asar berkumandang. Mata terkelip2, memikir ... Hari ni hari lahir aku, tetiba je hati ni jadi sayu.... Tak semena2 fikiran mengimbau pada semua yg berlaku padaku selama ini. X tau bagaimana nak diungkapkan tapi ... semuanya dah kucoretkan seperti mana yg tertera ...
Tak pernah kurasakan begini setiap kali aku menyambut ulang tahun kelahiran. Tapi kali ini, hati ini terasa begitu sepi. Kepiluan menusuk hati... Mengapa hati ini tiba-tiba sayu.... Umum tidak tau di tengah keriuhan, galak teman-teman menghulur ucapan.. hati ini, diri ini menangis, merintih, berlinangan airmata mengenang nasib diri.

Mengimbau kenangan lalu yang penuh kegembiraan, ketenangan & kebahgiaan. Kini semua itu pergi menjauh meninggalkan aku dalam keperitan, kekalutan, keresahan dan ntah apa lagi perasaan, yang pasti semuanya menjengkelkan.

Orang tidak tau hatiku berduka di saat bibir menguntum senyuman, mata meriak kegembiraan. Mereka tidak tahu, hati ini pilu, jiwa ini resah, diri ini merindu saat-saat manis yang penuh erti dalam hidupku. Mereka juga tidak sedar, insan ini berduka, berjuang sendirian, membina kekuatan diri yang semakin hilang.

Insan ini sedang bergelut untuk mendapatkan hak ... hak ke atas dirinya, yang telah diragut sekelip mata, dibawa pergi  ntah ke mana. Insan ini berhak hidup bahagia, membina jati dirinya semula.