Sunday, July 3, 2011

Tanpa disedari, dah lebih 2 bulan umi x menulis kat sini. Terlalu sibuk ngan tugas dan urusan keluarga. Dalam tempoh tersebut berbagai perkara telah umi lalui. Umi telah kehilangan paklong yang menghidap barah paru-paru dan ibu mertua yang menghidap athma & komplikasi jantung. Mungkin semua tu sudah suratan kan.... kewujudan blog umi ni pun macam dah umi x pedulikan.....
Apa yang menggerakkan hati umi  untuk menulis semula di sini???? Sebenarnya, semalam adalah hari lahir umi. Kawan-kawan mengusik umi mengatakan untungnya ramai yg meraikan hari lahir umi, seluruh sekolah di Malaysia ni bersempena ngan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Msia. Berada di sekolah, di tengah-tengah keriuhan & kesibukan aktiviti larian & sukaneka sekolah memang menghiburkan. Murid2 berada di tengah padang mengambil bahagian, cikgu2 lak di luar trek berlari ke hulu ke hilir mengiring para peserta kt luar trek. Lucukan... tp x kisahlah, yg penting mereka bersemangat untuk meneruskan acara.... kalah menang bukan perkara penting...
Balik ke rumah pula kepenatan. Masa tu barulah terasa .... aduh !!!! Sabar jelah kan.. hehehe. Apalagi umi pun ambik kesempatan berehat mengukur katil yg jarang dihuni pada waktu siang. Sedar2, azan asar berkumandang. Mata terkelip2, memikir ... Hari ni hari lahir aku, tetiba je hati ni jadi sayu.... Tak semena2 fikiran mengimbau pada semua yg berlaku padaku selama ini. X tau bagaimana nak diungkapkan tapi ... semuanya dah kucoretkan seperti mana yg tertera ...

No comments:

Post a Comment