Tuesday, July 5, 2011

Legaaaaaaaaaa .....

Lega, selesai tugas untuk arini ... mesyuarat panitia berjalan dgn baik. Alhamdulillah, semua ahli panitia memberi kerjasama dlm membentangkan hasil post mortem yang mereka dah buat berikutan PKSR 1 yg baru berlalu. 

Berat gak tanggungjawab mengajar BM ni. Tidak sebagaimana yg selalu org kata .... "alahhhh, BM kan bahasa ibunda." Umum mungkin tidak sedar, BM mengalami perubahan pesat sejak akhir2 ni, tidak sebagaimana 5 @ 10 thn lalu. Terlalu banyak kata pinjaman yg kita gunakan sekarang, perubahan ejaan dan lain-lain. Ini menyukarkan kami untuk mengajar BM & sentiasa menjadikan Kamus Dewan & Kamus Tatabahasa seperti kitab sebagai sumber rujukan. BM bukan lagi 1 mata pelajaran yg mudah dipelajari. Semua ni tidak berlaku dlm BI. Istilah yg digunakan dalam BI jarang sekali kita dengar berubah. 

Kadang-kadang susah hati gak, bila anak buah datang untuk membuat rujukan ... Takut x dapat menjawab ikut kehendak soalan. Ari ni, kebanyakan masalah yang dikemukakan & perbincangan lebih kepada meningkatkan  tahap penguasaan murid dalam tatabahasa. Harap-harap apa yg dirancang boleh dijalankan sebaik mungkin & membuahkan hasil yg baik.

1 comment:

  1. Kadang-kadang susah hati gak, bila anak buah datang untuk membuat rujukan... Это мы так подошли к вопросу отличного интимного досуга, что всегда обеспечивают Проститутки Киев секс раком Молодость — это не мода. Молодость — это искусство. Положительная женщина с сексуальными наклонностями. Образованна (студентка факультета культуры). Общительна. Сексуальна.

    ReplyDelete