Tajuk menarik yang tengah dipaparkan di kaca tv pada saat umi mula membuat coretan ini. Turut dipaparkan begitu ramai remaja terutama melayu yang terlibat. Anak ini lahir berikutan keterlanjuran pasangan remaja dalam perhubungan seharian. Dek kerana asyik mahsyuk dilamun cinta hingga terlupa daratan akibatnya remaja perempuan mengandung dan melahirkan anak luar nikah. Mengapa dikatakan anak itu anak tidak sah taraf? Dipendekkan cerita, anak tidak sah taraf ni boleh dikenalpasti daripada maklumat dalam sijil kelahirannya. Dalam sijil kelahiran tu akan tertera maklumat bapa tidak diperolehi.
Apa yang umi nak terangkan kat sini, bukan keadaan tersebut di atas je menyebabkan timbulnya istilah anak tidak sah taraf. Maksud umi bukan di kalangan remaja sahaja, tetapi juga di kalangan pasangan dewasa. Mengapa ini terjadi?
Pasangan ini terdiri daripada pasangan suami isteri. Mereka bernikah tetapi pernikahan mereka tidak sah di sisi undang-undang negara kita. Bagaimana? Biasanya, pasangan ini bernikah di negara jiran @ sempadan negara. Ini selalu berlaku, dah semacam tidak dapat dibendung lagi. Seorang lelaki yang tidak mahu/boleh mendapatkan keizinan daripada isteri pertama mengambil jalan mudah membawa pasangan yang ingin dinikahi ke sana.
Selain daripada bernikah di sempadan @ negara jiran, 1 lagi kaedah yang sering digunapakai oleh kaum lelaki yang ingin mengamalkan hidup berpoligami dengan cara nikah menggunakan sindiket. Dalam hal ini mereka mereka hanya perlu membayar sejumlah wang kepada orang yang menjalankan kegiatan tersebut. Nikah sindiket ni, kalau dilihat dengan mata kasar tiada bezanya dgn nikah biasa, pasangan masih juga diberi sijil nikah yang siap ngan cop pejabat agama Islam di mana mereka dinikahkan.
Masalah cuma timbul apabila mereka mendapat cahaya mata dan hendak didaftarkan di pejabat pendaftaran untuk tujuan mendapatkan sijil kelahiran/surat beranak. Masa tu JPN dapat mengesan sama ada pasangan tu sah nikah di sisi undang-undang atau pun x. Masa tu jugak JPN mengisytiharkan anak tu anak tidak sah taraf dgn cara tidak memasukkan nama bapa dalam sijil lahir kanak-kanak itu. Dalam pada tu, pihak JPN menasihatkan pasangan supaya mendaftarkan pernikahan mereka dengan segera.
Ari ni, umi telah dihubungi oleh seseorang yang bercerita perihal susahnya dia nak daftarkan anaknya ke sekolah Anak ini akan masuk Tahun 1 pada tahun 2012. Dia gak kata, pihak sekolah minta sijil nikah sedangkan sijil nikah palsu mereka telah diambil oleh JPN masa daftar kelahiran anak tu dulu. Bayangkan, baru nak masuk Tahun 1 dah masalah, belum lagi untuk dapatkan segala kemudahan yang disediakan di sekolah nanti ...
No comments:
Post a Comment